Berita ‘bom’ di Universiti Segi di Kota Damansara
‘Bom’ di Universiti Segi di Kota Damansara cetus panik | Polis mengesahkan tiada bom di Universiti Segi di Kota Damansara selepas kira-kira 2,000 pelajar diarah mengosongkan premis itu awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zaini Che Din memberitahu pemberita, universiti itu menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi ini, daripada seorang pemanggil yang mendakwa seorang “lelaki Iran” akan meletakkan bom di salah 1 tandas di kampus mereka.
“Mereka menerima panggilan daripada seseorang yang bercakap dalam bahasa Inggeris. Katanya, dia melihat lelaki Iran meletakkan bom dalam salah 1 tandas,” katanya lapor The Malaysian Insider.
No comments: