Header Ads

Zahid Hamidi wakilili Najib perjelas isu dana RM2.6 Bilion

Najib hantar Zahid Hamidi jadi wakil perjelas isu dana RM2.6 Bilion | Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung isu dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang sebarang pencelahan ketika penjelasan dibuat memetik MStar.

Zahid Hamidi wakilili Najib perjelas isu dana RM2.6 Bilion
Zahid Wakili Najib Jawab Isu Dana RM2.6 Bilion

Penjelasan Najib berhubung dana politik berkenaan diwakilkan kepada timbalan perdana menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i).

Sebelum itu beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membantah keputusan Pandikar membenarkan Ahmad Zahid menggantikan Najib.

Menurut mereka, Najib perlu tampil di Dewan Rakyat bagi membuat penjelasan berkenaan kerana dana berkenaan dimasukkan ke akaun peribadinya.

No comments:

Powered by Blogger.