Header Ads

Isu Rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai Berantakan

Isu perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai mulai retak | Kisah keretakan perkahwinan pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai kini semakin hangat diperkatakan. Pelakon itu dikatakan sudah pun mengunjungi sebuah pejabat agama Islam di sini, bagi menguruskan soal membabitkan perceraiannya, beberapa hari yang lalu.

Dalam laman Instagramnya dua hari lalu, Fasha turut memuat naik status berbunyi: “Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya. Amin!”

Isu Rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai Berantakan

Status itu menguatkan lagi desas-desus mengenai masalah rumah tangganya dengan Jejai. Portal Mstar Online sebentar tadi turut menulis, mereka mendapat berita daripada sumber yang sahih mengatakan, rumah tangga pasangan itu sememangnya sedang berantakan. Sumber turut memberitahu, perceraian itu akibat daripada campur tangan pihak ketiga yang dikatakan rapat dengan ahli keluarga Jejai.

Fasha dan Jejai sudah berkahwin selama tiga tahun dan dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal, dua tahun dan Puteri Raysha Jemyma, setahun. Perkahwinan pertama Jejai bersama pelakon Nora Danish bertahan selama dua tahun sejak 20 Jun 2006 hingga 10 Julai 2008 dengan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.

(Baca: Rumahtangga Fasha Sandha dan Jejai retak, Nora Danish Jadi Punca?)

No comments:

Powered by Blogger.