Header Ads

Waspada sindiket penipuan kerja petik buah di Australia

Nak kerja petik buah di Australia? Baik Tak payah. | Hal ini disampaikan sendiri oleh mangsa sindiket iaitu sekumpulan rakyat Malaysia yang kami jumpa sewaktu kami melalui daerah Robinvale, Australia pada penghujung April lalu. Walaubagaimanapun mereka yang menyampaikan kisah ini tidak mahu namanya dipaparkan oleh pihak kami.

Tujuan kami membongkarkan sendikit ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berhasrat untuk bekerja disana melalui cara yang dipaparkan ini.

Ramai yang menerima mesej melalui whatsapp, melalui email, melalui mulut kawan-kawan, saudara-mara berkenaan peluang pekerjaan kerja petik buah di Australia yang mana di gembar-gemburkan bergaji mewah hinggakan mampu mencecah RM3,000 ++ seminggu dan mampu mencecah RM15,000++ sebulan.

Waspada sindiket penipuan kerja petik buah di Australia

Kes scam petik buah di Australia ini bukan saja melibatkan golongan peringkat pendidikan rendah malah ia juga melibatkan mereka yang mempunyai pendidikan taraf master. Apa yang menyedihkan lagi ada yang sanggup melepaskan kerja bergaji sekitar RM2,500 hingga RM4,000 di Malaysia semata-mata mahu mengejarkan peluang pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang tidak pasti ini.

Ada ibu bapa pula yang tahu akan peluang ini tanpa berfikir panjang sanggup bergadai barangan kemas malah ada juga yang sanggup menjual tanah serta aset yang ada semata-mata mahu menanggung kos penghantaran anak mereka yang baru habis belajar  dan yang mengangur untuk turut sama bekerja sebagai pemetik buah di Australia.

Agensi pekerja yang menawarkan sesi pekerjaan ini kebanyakannya tidak berdaftar dan ada yang menjalankan secara individu.

Mereka ini mempromosikan tawaran  melalui Facebook, Blog, Whatsapp dan social media lain seperti twitter & instagram. Ada juga yang lebih berani mempromosikan dalam group facebook komuniti setempat seperti  Shah Alam Residence , Bukit Beruntung Residence dan beberapa group komuniti penduduk yang lain. Sebaik saja ada mangsa yang berminat telah diperolehi maka selepas itu  mereka akan deactivekan account facebook yang digunakan agar jejak mereka tidak dijejaki.

Nak kerja petik buah di Australia? Baik Tak payah.

Mereka ini mensasarkan kepada siapa saja dan menggunakan isu-isu berkaitan bebanan hutang, tiada kerja di Malaysia, mereka yang dibuang kerja sama ada sektor awam atau swasta, bebanan keluarga dan sebagainya beserta  dengan pelbagai janji manis seperti penginapan yang selesa, transport disana,  kebajikan pekerja diutamakan kononnya serta peluang pekerjaan yang sentiasa ada bagi mereka yang mengikuti tawaran kerja yang dijanjikan.

Malah ada agensi pekerjaan yang lebih berani dengan menawarkan permit pekerjaan sah dengan pakej-pakej pembayaran tertentu. Yang mana pakej yang mereka tawarkan itu mampu mencecah lebih dari RM15,000 seorang.

Hakikat sebenar semua ini hanya janji palsu untuk menarik minat mangsa agar mereka memperolehi keuntungan hasil janji palsu yang di khabarkan.

Pekerjaan yang kononnya sentiasa menanti mereka sebenarnya perlu dicari sendiri. Tambah beliau kehidupan di Malaysia adalah jauh lebih selesa walau bergaji sekitar RM1,500-RM2,000 .Ini kerana setiap kali kerja di sebuah ladang telah habis maka semua pekerja perlu pindah disuatu tempat/daerah baru. Bagi mereka yang tidak mempunyai kereta maka barangan keperluan seperti barangan dapur terpaksa ditinggalkan dan perlu dibeli semua di tempat baru nanti.

Nak kerja petik buah di Australia? Baik Tak payah.

Hal paling menyedihkan disini adakala apabila sudah penat bekerja di ladang maka majikan(kontraktor) tidak beri gaji dengan pelbagai alasan dan tidak terlepas juga dengan masalah majikan yang melarikan diri. Ada dikalangan mereka juga sengaja mencari kesalahan yang tidak wujud untuk memotong gaji-gaji pekerja. Walau telah diberitahu kesalahan tersebut bukan kesalahan dari kita namun alasan itu hanya didengari sekadar syarat dan kita tiada hak dalam tuntutan gaji yang dipotong. Kerana majikan ini tahu yang kita datang bekerja tanpa permit yang sah. Jadi tiada siapa yang akan mempedulikan dan laporan polis juga tidak akan dilayan sama sekali. Begitulah tertindasnya kami yang bekerja disini.

Pihak imegresen Australia juga semakin kerap menjalankan serbuan sewaktu bekerja hinggakan di penginapan juga ramai yang di tangkap pihak penguasa oleh kerana di kesan bekerja tanpa mempunyai dokumen sah.

Nak kerja petik buah di Australia? Baik Tak payah.

Tambah beliau kehidupan pekerja Malaysia yang bekerja di Australia kadang-kala tertindas lebih teruk dari warga asing yang datang bekerja di Malaysia. Keadaan penginapan yang kotor, tiada masa menunaikan ibadah wajib, dan terpaksa berkongsi bilik berlainan jantina oleh sebab mahu mengurkan kos sara hidup disana.

Disebabkan kebanjiran rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia ini juga telah menyebabkan pihak imegresen meningkatkan sekatan di semua lapangan terbang antarabangsa mereka dan akan menghantar semula mana-mana pelancong Malaysia yang didapati mahu datang untuk bekerja disana. Keadaan ini juga telah menyukarkan ramai pelancong Malaysia untuk masuk melancong kesana.

(Baca: Luahan Sayu Orang Melayu Ditipu Kaum Sendiri)

No comments:

Powered by Blogger.