Header Ads

Wakil G25 diugut rogol dan pecah rumah

Padah kritik hukuman khalwat, Datuk Noor Farida diugut pecah rumah dan rogol | Seorang lelaki mengugut untuk memecah masuk rumah jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin dan merogol beliau, selepas kumpulan pelobi tersebut menyeru untuk mengkaji semula undang-undang syariah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, termasuk hukuman khalwat.

Sharul Nizam Ab Rahim, presiden Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan yang baru-baru ini dipuji ramai kerana menyelamatkan seekor anjing tiga bulan lepas, mencoretkan ugutan beliau di laman Facebooknya lapor Malay Mail Online.

Wakil G25 diugut rogol dan pecah rumah

“Aku on the way ke rumah Nur Farida G25. Aku akan masuk ikut bilik. Once aku dah atas katil, mohon sapa-sapa roger Pegawai Penyiasat Agama.

“Kalau kesiankan aku, roger esok malam la. At least, aku boleh try dia dulu malam ni,” kata beliau, sambil menggunakan emoji Facebook “rasa seronok”.

“Dia mintak hapus Enakmen Jenayah Syariah Khalwat juga — Tidak menghormati Undang2 Agama di setiap negeri. Khalwat adalah salah satu kepercayaan dalam Agama Islam dan telah menjadi undang2 Agama di semua negeri di Malaysia.

“Dia boleh buat ramai umat Islam — Marah. So, aku juga boleh buat orang lain marah,” tambah beliau dalam ruangan komen coretan itu, sambil menggelar Noor Farida “G-String saiz 25”, merujuk kepada nama kumpulan itu.

Padah kritik hukuman khalwat, Datuk Noor Farida diugut pecah rumah dan rogol

Catatan beliau itu telah menimbulkan kemarahan seorang pengguna lain bernama Ajep Mohd, yang mengkritik ugutan Sharul Nizam yang dianggapnya akan memalukan nama agama Islam.

Namun, rata-rata pengguna yang meninggalkan komen di catatan Sharul Nizam bukan sahaja bersetuju dengan beliau, malah menggalakkan ugutan itu dengan alasan “sarkasme” dan “hak asasi”.

Pada Ahad, kumpulan bekas penjawat awam G25 mengumumkan sebuah jawatankuasa rundingan khas bagi mengkaji semula perlaksanaan undang-undang syariah negara ini yang dilihat jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, jawatankuasa tersebut berperanan untuk membuat sebarang perbincangan termasuklah meminda atau memansuhkan undang-undang syariah yang melanggari privasi individu, termasuklah perbuatan membabitkan hukuman khalwat.

No comments:

Powered by Blogger.