Header Ads

Vii Narza ulas sikap Fazura yang ego isu KimK

Fazura ego isu KimK, ini luahan Vii Narza | Wanita yang dikritik Nur Fazura Sharifuddin dengan tidak wajar di Instagram berasa janggal apabila pelakon popular itu menggesanya memohon maaf kepada rakan selebriti itu.

Vii Narza berkata sepatutnya Fazura perlu memohon maaf atas salah tafsir perkataan “kimK” sehingga membuat kenyataan umum melibatkan wanita bertudung lapor The Malay Mail Online.

Vii Narza ulas sikap Fazura yang ego isu KimK

“Memang saya rasa agak pelik. Sedangkan beliau dalam kenyataan ‘so this is how Muslim ‘mother’ who wears hijab proudly uses her language on social media’ banyak menyinggung hati ramai wanita berhijab serta ibu yang beragama Islam,” katanya kepada ProjekMMO semalam.

Fazura menulis demikian Rabu lalu selepas terbaca perkataan “kimK” yang ditulis Vii Narza, seorang pengikutnya di media sosial itu, sewaktu mengulas gambarnya bersama rakan-rakannya.

Fazura ego isu KimK, ini luahan Vii Narza
Vii Narza, seorang peminat di Instagram, menggesa pelakon Nur Fazura memohon maaf kepada dirinya atas salah tafsir perkataan ‘kimK’.

Wanita itu, yang ingin dikenali sebagai Vii Narza sahaja, menulis “Mcm kimK yg dpn tu” (macam kimK yang di depan itu) tetapi dianggap perkataan yang bermaksud kesat.

Peminatnya itu mendakwa perkataan “kimK” yang dimaksudkannya selebriti terkenal Kim Kardashian.

Fazura bagaimanapun telah memadamkan kritikannya pada Vii Narza tetapi salinannya masih beredar di Internet.

Fazura ego isu KimK, ini luahan Vii Narza
Vii Narza berkata tiada sebab baginya memohon maaf kepada rakan pelakon Nur Fazura kerana komennya bersifat pujian dan bukan sindiran

Susulan salah faham itu, peminatnya mendesak pelakon filem “Gol dan Gincu” itu memohon maaf kepada Vii Narza, 25.

Mereka juga mempersenda namanya dan ungkapan tersebut sehingga #Fazura dan #kimK menjadi topik terhangat di Twitter pada hari tersebut.

Dihubungi semalam, Vii Narza berkata tiada sebab baginya untuk memohon maaf kepada rakan Fazura kerana komennya bersifat pujian dan bukan sindiran.

“Kalau dia hendak mempertahankan [dirinya], itu hak dia. Rasanya dia tidak perlu ulas kerana pujian itu bukan ditujukan pada dia.

“Sedangkan kenyataan saya adalah pujian terhadap teman beliau yang kelihatan seperti Kim Kardashian di mata saya,” katanya. “Majoriti rakyat Malaysia tahu apa maksud kimK.”

Fazura semalam dilaporkan mempertahankan tindakannya menegur Vii Narza dengan alasan ia tidak keterlaluan kerana “kimK” mengelirukan dan mempunyai makna berlapis.

Seperti dilaporkan Berita Harian, penyanyi “Sayangi Dirimu” juga berkata Vii Narza perlu memohon maaf kepada rakannya jika benar beliau berniat untuk mempersenda.

“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan,” Fazura dipetik berkata.

No comments:

Powered by Blogger.