Header Ads

Respon Afdlin Shauki isu program Juara Parodi Khas Kenang Yus Jambu dikritik

Program tribute untuk Pak Yus dikritik hebat, ini jawapan Afdlin Shauki | Berikutan kritikan segelintir pihak di laman sosial yang menganggap program Juara Pardo Khas Kenang Allahyarham Yus Jambu tidak wajar, Keteua Eksekutif Vision Works Afdlin Shauki menyangkal dakwaan tersebut.

Afdlin Shauki yang juga juri tetap program itu berkata program itu adalah salah satu cara bagi rakan-rakan pelawak meluahkan rasa sedih mereka kerana kehilangan Yus pada 30 November yang lalu.

Respon Afdlin Shauki isu program Juara Parodi Khas Kenang Allahyarham Yus Jambu dikritik

“Saya tidak kisah apa yang orang luar mahu cakap tentang program ini, bagi saya ia adalah ruang untuk kami yang sudah dianggap seperti keluarga untuk meluahkan segala perasaan sedih.

“Kalau orang luar fikir perkara negatif tentang program ini, itu hak mereka dan sila tutup televisyen atau tonton siaran lain,” ujarnya memetik laporan mStar Online.

Afdlin juga berkata dia melihat rakan baik Allahyarham, Tauke Jambu masih lagi bersedih. Kata beliau dia cuba memberi semangat dan berkata apa yang dilalui oleh Tauke pernah dirasainya.

Program tribute untuk Pak Yus dikritik hebat, ini jawapan Afdlin Shauki

“Apa yang Tauke lalui ketika kehilangan Allahyarham seperti apa yang terjadi pada saya dengan Allahyarham Harun Salim Bachik.

“Kami baru sahaja berbual semalam dan hari ini dia meninggal. Saya lihat Tauke masih lemah dan tidak seperti dia yang biasa kita kenal. Dia juga ada beritahu saya tentang kumpulan Jambu sudah tiada lagi tanpa Allahyarham,” ujarnya.

Yus Jambu atau Yussry Edoo, 39, meninggal dunia pada 30 November 12.30 pagi akibat sesak nafas.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

No comments:

Powered by Blogger.