Ramalan generasi 116 tahun dahulu tentang teknologi pada masa kini (17 Gambar)
Imaginasi orang 116 tahun dahulu tentang teknologi pada tahun 2000, lihat ada persamaan atau tidak | Pada tahun 1899, 1900, 1901 dan 1910, sekumpulan pelukis termasuk Jean-Marc Côté telah menghasilkan satu siri gambar bersifat futuristik yang mempamerkan imaginasi mereka tentang kehidupan dan teknologi di Perancis pada tahun 2000.
Ia asalnya kad kertas yang dilampirkan bersama kotak rokok, dan kemudiannya diterbitkan di dalam bentuk poskad memetik The Vocket.
Sekurang-kurangnya terdapat 87 kad yang dihasilkan oleh beberapa orang pelukis Perancis untuk 1900 World Exhibition di Paris. Tapi oleh kerana masalah kewangan, ia tidak diedarkan. Kemudian Isaac Asimov, penulis sains fiksyen menampilkan beberapa gambar tersebut di dalam buku Futuredays: A Nineteenth Century Vision of the Year 2000 pada tahun 1986.
Lihat dan hayati apa yang mereka fikirkan tentang zaman kita kini. Adakah ia menepati jangkaan orang 116 tahun dahulu?
Skype atau panggilan video 3G
Hampagas
Televisyen
Helikopter
Mesin untuk perladangan
Mesin untuk penternakan
Kenderaan perang
Konsep rumah bergerak
Ini pula antara idea dan imaginasi yang belum menjadi kenyataan pada tahun 2000.
Mungkin anda tertawa semasa melihat gambar-gambar tersebut. Ia mungkin nampak kelakar tetapi tak mustahil satu masa nanti ia akan berlaku.
Apakah imaginasi anda tentang kehidupan pada 100 tahun yang akan datang pula?
Menarik dicatat atau dilukis imaginasi kita tentang teknologi masa depan untuk rujukan generasi akan datang.
No comments: