Rahsia 3 Hafiz Termuda di Dunia Didedah Ibu Bapa
Ibu Bapa Bongkar Rahsia 3 Hafiz Termuda Dunia | Salah satu yang dirisau atau menjadi masalah bagi mereka yang mahu menghafal Al Qur’an sudah pasti adalah masalah mudah lupa.
Pada malam hari hafal dan keesokan harinya dsudah lupa, jadi bagaimana handak untuk mengatasi masalah cepat lupa ini?.
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar di mana mereka merupakan ibu bapa keapda 3 hafizh termuda di dunia.
Berikut adalah jawapan atau tips yang telah dikongsikan oleh mereka untuk mengelakkan anak-anak cepat lupa apabila menghafal Al Qur’an.
Membiasakan solat tahajud
Ketika ada mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan dirinya dengan solat tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekat diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang hebat dimana ia akan membersihkan hati hati sehingga mudah mengingati Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran akan menjadi susah apabila hati kotor.
Memperbanyak doa
Sebab Allah-lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.
Mengulang hafalan dalam solat sunnah
Surat atau ayat yang telah dihafal perlulah dibanyakan semasa di dalam solat dan dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.
Wirid harian
Ketika diwawancra oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafizh Qur’an Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran menjadikan wirid sebagai bacaan harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, secara puratanya mereka memerlukan masa 2 setengah jam.
Dengan empat tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan sahaja menghafal Al Quran di usia 4 dan 5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, malah ingatan mereka turut terjaga.
Semoga kita dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Semoga keturunan kita juga dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah sehingga tidak lupa hafalan Al Quran.
No comments: