Perkongsian ‘sentap’ lelaki ini untuk wanita berhijab
Wanita zaman sekarang telah tertipu dengan fitnah Dajjal | “Hukum tarik perhatian lelaki bukan halal ialah haram” kata-kata lelaki ini khas ditujukan kepada wanita diluar sana terutamanya yang menutup aurat tetapi lebih mementingkan gaya.
“Mereka dah tertipu dengan fitnah dajjal” – Perkongsian ‘berbisa’ lelaki ini untuk wanita berhijab
|
Bukanlah ingin menilai atau menjatuhkan hukum terhadap muslimah zaman sekarang, ini hanyalah sekadar peringatan dan perkongsian daripada saudara Kalam Zaman kepada kaum hawa agar tidak menyimpang daripada landasan asal.
Pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan wanita zaman sekarang sangat berbeza
Fitnah wanita
Zaman dahulu wanita sangat takutkan fitnah. Mereka sanggup ambil sarang labah2 lumur kat pakaian supaya pakaian nampak kusam. Pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan wanita zaman sekarang sangat berbeza. Mereka tak beritahu nama kepada umum.
Kerana tak mahu lelaki asing menyebut2 namanya. Berbeza dengan para isteri nabi. Kita wajib tahu nama mereka kerana mereka ialah ibu2 kita dan para isteri nabi.
Wanita Tarim mengikuti contoh mereka. Kerana itu, jika ada orang luar mahu mengambil gambar, mereka tak redha kerana diri ibarat aurat padanya. Jika ada seseorang call, mereka takkan bersuara melainkan orang disana bersuara dahulu untuk memastikan jantina pemiliknya
Wanita berniqab upload gambar kat fb.. Mereka dah tertipu dengan fitnah dajjal
Ustaz saya cerita ramai wanita berniqab upload gambar kat fb. Isterinya menangis, beliau kata mereka dah tertipu dengan fitnah dajjal. Percayalah, fitnah takkan datang jika wanita tidak cuba2 membukanya. Lupakah tentang Nabi Muhammad saw pernah bersabda, dugaan lelaki pada akhir zaman yang terbesar ialah fitnah wanita..?
Umar Al Khattab pun yang dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang pada musuh, takut dengan fitnah wanita. Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa, dari berjalan dibelakang seorang wanita. Itu kata, wanita ni mahal tapi mereka tak percaya.Masih juga mahu buat tayangan perdana diri sendiri kepada umum.
Janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang. Walau bertutup atas bawah berwarna warni.. siap ada bling2 lg… Hukum tarik perhatian lelaki bukan halal ialah haram.
No comments: