Header Ads

Kejadian ngeri kaki budak perempuan tersepit di pintu lif

Gambar ngeri kanak-kanak perempuan tersepit kaki di pintu lif | KAJANG – Seorang kanak-kanak perempuan warganegara Yaman, parah di kedua-dua belah kakinya selepas tersepit pada lif di sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, malam tadi.

Difahamkan mangsa yang berusia 12 tahun sebelum itu mahu keluar ketika tiba di tingkat 14. Namun pintu lif secara tiba-tiba tertutup menyebabkan kedua-dua kakinya tersangkut memetik The Hype Media.

Kejadian ngeri kaki budak perempuan tersepit di pintu lif

Pihak Bomba tiba di lokasi kejadian setelah menerima panggilan orang awam pada jam 8.27 malam dan mangsa berjaya diselamatkan. Bagaimanapun kedua-dua kaki mangsa parah selain dari kepalanya juga mengalami kecederaan.

Mangsa yang pengsan terus dikejarkan ke Hospital Kajang oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Gambar ngeri kanak-kanak perempuan tersepit kaki di pintu lif

Gambar ngeri kanak-kanak perempuan tersepit kaki di pintu lif

Gambar ngeri kanak-kanak perempuan tersepit kaki di pintu lif

No comments:

Powered by Blogger.