Header Ads

Padah cuba pecah masuk kedai barangan lusuh, lelaki maut ditetak tauke

Tauke kedai barang lusuh tetak perompak sampai mati | Seorang daripada dua lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk kedai barang lusuh di Kampung Labohan, di sini, maut ditetak pemilik premis kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mangsa berusia 36 tahun dari Felda Kerteh 6 yang cedera parah di dada akibat ditetak pemilik kedai, meninggal dunia kira-kira 50 meter dari premis itu selepas rebah ketika cuba melarikan diri lapor Harian Metro.

Padah cuba pecah masuk kedai barangan lusuh, lelaki maut ditetak tauke
Mayat lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk kedai barang lusuh di Kerteh, terbaring di tepi jalan, akibat ditetak pemilik kedai berkenaan.

Rakannya pula berjaya melarikan diri apabila tindakan mereka mengumpil pintu premis barang lusuh berkenaan disedari pemilik kedai terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tauke kedai barang lusuh tetak perompak sampai mati
Anggota unit forensik polis mengumpul bukti di tempat kejadian.

No comments:

Powered by Blogger.