Header Ads

Misteri mayat lelaki tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan

Lelaki ditemui mati tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan | Pengguna jalan raya Lebuhraya Persekutuan dikejutkan dengan penemuan seorang mayat lelaki yang ditemui tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor mengesahkan penemuan mayat lelaki berusia 53 tahun itu lapor Astro Awani.

Misteri mayat lelaki tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan
Lelaki ditemui tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan, Lebuhraya Persekutuan

Dia ditemui tergantung setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang di lebuh raya itu menghala ke Kuala Lumpur sekitar jam 4.35 pagi.

Menurut Sharul, motif mendiang gantung diri masih dalam siasatan.

Berkaitan maklumat bahawa mendiang adalah bekas tentera katanya, perkara itu akan disahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin.

Buat masa ini, katanya mendiang tiada perkerjaan.

No comments:

Powered by Blogger.