Header Ads

Misi nasi berlauk RM1

Selepas donut 10 sen, lelaki ini mahu buat nasi berlauk RM1 pula | “Saya akan memulakan bisnes nasi berlauk RM1 dalam masa terdekat ini untuk membantu komuniti saya sendiri.” Kata Waliuddin setelah penjualan donut nya kini bertambah maju dek kerana hanya berharga 10 sen yang mula viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Menurut Waliuddin, beliau akan membuat dalam kuantiti yang banyak untuk orang ramai menikmati masakan yang hanya bernilai 1 ringgit sahaja bersama dengan lauk seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya. Bisnes nasi berlauk ini juga akan dimulakan sekali dengan penjualan donut beliau.

Jejaka berhati mulia ini menyatakan tidak akan mengambil keuntungan walaupun sedikit dan cukup hanya berbekalkan niat untuk membantu orang ramai berikutan kos sara hidup semakin tinggi pada zaman sekarang lapor Era.fm.

Misi nasi berlauk RM1

“Saya hanya mahukan kegembiraan terpancar di muka komuniti, maka ianya cukup bagi saya dan perkara itu pendorong dalam memberi semangat untuk saya teruskan bisnes ini” kata Waliuddin. 

Permasalahan kewangan serta pergelutan ekonomi antara komuniti yang diperhatikan olehnya membuatkan hati beliau terdetik untuk membuka bisnes yang boleh dianggap sebagai bersedekah. 

Tiada niat untuk menunjuk kebaikan yang ditonjolnya, malah ianya benar-benar keikhlasan yang datang dari hati jejaka berwajah tenang ini.

Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang berhati mulia yang ingin membantu memberi sumbangan peralatan bagi memudahkan lagi penjualan bisnes donutnya.

Rasa syukur yang tidak terhingga kerana rezeki yang melimpah ruah diperolehnya juga hasil dari sifat keprihatinan orang Malaysia yang masih lagi wujud dan itu merupakan satu perkara yang sangat membanggakan baginya.

No comments:

Powered by Blogger.