Mia Sara tunai umrah
Aktres cilik Mia Sara tunai umrah dengan keluarga | PELAKON cilik comel, Mia Sara Nasuha bersyukur apabila permohonan visa untuk menunaikan umrah bersama bapanya, Muhammad Ridhuan diluluskan, sekali gus dapat menjejakkan kaki di bumi Makkah buat pertama kali.
Portal berita AgendaDaily melaporkan, Mia Sara, 10 tahun; sebagai berkata, hasratnya untuk mendirikan umrah pada musim cuti panjang sekolah akhir tahun kali ini, menjadi detik yang sangat bermakna kepada dirinya.
Pada masa sama, lakonan terbaharunya menerusi telefilem Strawberi & Karipap: Hello Gold Coast, kebetulan disiarkan Astro First Eksklusif, saluran 480, hujung November, bakal mengubat rindu peminat kepada aktres ini memetik Mynewshub.
Aktres cilik Mia Sara tunai umrah dengan famili |
“Perancangan cuti sekolah ini, Mia Sara dan keluarga akan ke Tanah Suci menunaikan umrah. Insya Allah, doakan terbaik untuk Mia dan harap semuanya selamat pergi dan balik. Tolong sama-sama berdoakan Mia ya,” katanya.
Dalam pada itu, pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia 24 dan penerima anugerah Best Kid Actress Awards di stesen TV3 ini berkata, dia turut memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat.
Ini kerana muzik video dari single lagu pertama nyanyiannya, berjudul Kicik-Kicik yang berkolaborasi dengan penyanyi Cat Farish dan TSWG (Tiga Swagger) meraih tontonan lebih 150,000 kali menerusi laman YouTube.
Tambah Mia Sara lagi, kejayaannya merakamkan lagu Kicik-Kicik yang telah dilancarkan secara rasmi pada 30 September lalu, memang menjadi minatnya sebagai penyanyi selain masih terus lagi aktif berlakon.
“Mia Sara bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tapi memang Mia Sara sendiri suka nyanyi,” kata hos bersama pengacara dan pelawak wanita terkenal, Jihan Muse menerusi program Ceria All Stars di saluran Astro Ceria itu.
Dalam perkembangan lain, Mia Sara berkata pengalaman pernah berada di Gold Coast Adventures, Australia bagi penggambaran drama Strawberri & Karipap baru-baru ini, menjadi kenangan paling manis buat dirinya.
Rezeki sebagai duta produk Dutch Lady dan Jus Caliph, disifatkan pemilihan yang cukup mengejutkan selain dakwaan netizen tempatan mengatakan dia kini berpengaruh terhadap golongan kanak-kanak di Malaysia.
“Saya sangat bersyukur atas rezeki-Nya. Bukan senang untuk menjadi duta pada usia muda seperti ini, ” kata Mia Sara yang sebelum ini pernah muncul dalam iklan TV terutama produk susu kanak-kanak dan sebagainya.
Berkongsi pengalaman menarik apabila dapat berperanan sebagai pengacara televisyen, Mia Sara mengakui bertuah kerana dia secara kebetulan digandingkan pula bersama dengan pengacara yang diminatinya itu.
“Saya rasa sangat teruja dapat mengacara bersama-sama Kak Jihan kerana saya memang meminati dan ikuti perkembangannya,” ujarnya yang pernah berlakon dalam filem Nur Kasih The Movie dan Papa I Love You.
“Ia beri pengalaman baharu kepada saya dan saya tiada masalah kerja dengannya tambahan pula dia kelakar, jadi kami lakukan dengan lebih spontan,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.
No comments: