Jangan lakukan 8 perkara ini semasa travel
8 perkara ini jangan dibuat sewaktu travel | Selalunya ramai yang kongsikan tips tentang perkara yang kita perlu lakukan jika nak pergi travel.
Tapi, apa pula perkara yang kita tidak patut lakukan jika kita pergi travel?
8 perkara ini korang jangan buat sewaktu travel |
Memandangkan sudah bermulanya cuti persekolahan dan ramai yang akan pergi bercuti, kami akan kongsikan 9 perkara penting ini!
1. Jangan tukar wang di lapangan terbang
Kadar tukarannya lebih tinggi dari pengurup wang tempat lain. Kalau terdesak, hanya tukar wang anda dalam kuantiti sikit sebelum tukar di bank di destinasi yang dikunjungi.
2. Jangan abaikan insurans perjalanan
Insurans perjalanan tak sama dengan insurans penerbangan. Sebaiknya beli insurans perjalanan khas yang boleh melindungi anda dari kejadian yang tidak diingini.
3. Jangan pandang rendah penginapan di hostel
Apabila sebut hostel, kita terbayangkan tempat yang tidak terurus dan kotor. Di Eropah, penginapan di hostel menjadi pilihan di kalangan traveller. Bukan je murah, kemudahan turut disediakan.
4. Jangan naik teksi
Elak guna teksi kecuali anda dalam kumpulan yang ramai atau sudah lewat malam.Tak kira teksi mengguna meter atau tidak, yang pasti memang harganya mahal. Cuba cari pengangkutan awam yang lain dulu.
5. Jangan tempah terlalu awal
Tempah tiket terlalu awal menyebabkan kita membayar lebih mahal. Sabar dan tunggu promosi dari syarikat penerbangan dan hotel.
6. Jangan lalu mesin imbasan badan selagi beg tak masuk dulu
Ada kemungkinan orang di belakang kita bawa barang terlarang. Mereka mungkin menggunakan taktik meletakkan barang di tray kita. Sentiasa beringat bila berada negara orang. Macam-macam boleh jadi.
7. Jangan kedekut untuk balut beg di KLIA
Harga untuk balut beg dengan plastik di KLIA cuma RM10.60. Ada kemungkinan beg pecah atau barang dicuri. Paling mengerikan kalau kalau ada yang cuba masukkan barang terlarang.
8. Jangan makan di kawasan tumpuan pelancong
Ikut logik harga yang diletakkan memang mahal. Lagi satu kuantiti makanan pun sedikit. Sebabnya pemilik kafe atau restoran tahu pelancong takkan datang balik, jadi mereka tak perlu risau dengan tahap konsistensi penyediaan makanan. Logik kan?
*Nota ini diambil dari Facebook Mohd Fauzi Zakaria yang dikarang ketika beliau dalam penerbangan melalui Airbus A330-400 dari CTS ke KUL.
No comments: