Header Ads

Marsha Milan Londoh akan berkahwin, sah peluk Islam

Marsha Milan sah peluk Islam, naik pelamin Januari depan | Pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh, 30, hari ini membuat pengakuan dirinya akan mengakhiri zaman bujangnya pada Januari depan. Pengakuan itu dibuat rentetan gambar kad perkahwinannya yang kini tersebar di alam maya, sejak beberapa hari lalu.

Menerusi kad berkenaan, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu dan pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam, akan diraikan dalam majlis persandingan pada 8 Januari tahun depan lapor Berita Harian.

Marsha Milan Londoh akan berkahwin, sah peluk Islam

“Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar,” katanya.

Marsha mengesahkan beliau akan mengadakan majlis resepsi pada tarikh terbabit di Hotel Majestic, di sini. Bagaimanapun, acara berkenaan dilangsungkan secara tertutup.

Walaupun bukan lagi rahsia, Marsha bagaimanapun memilih untuk tidak menggembar-gemburkan percintaannya kali ini. Sebelum ini, artis terbabit pernah dilaporkan menghadiri kursus perkahwinan, namun beliau menafikan cerita terbabit.

No comments:

Powered by Blogger.