Header Ads

Lelaki terkejut ayam jantan peliharaannya bertelur

Lelaki terkejut ayam jantan peliharaannya mengeluarkan telur sebesar guli | Seorang lelaki di Bukit Siput di sini, terkejut selepas mendapati ayam jantannya yang dipelihara sejak beberapa tahun lalu mengeluarkan telur sebesar guli.

Md. Shamshir Mustaffar, 50, berkata, dia menyedari kejadian tersebut kira-kira pukul 6.30 petang semalam apabila mendapati ayam jantannya yang digelar ‘Hero’ itu tidak berkokok, sebaliknya menunjukkan kelakuan seperti ayam betina lapor Utusan Malaysia.

Lelaki terkejut ayam jantan peliharaannya bertelur
MD. SHAMSIR MUSTAFFAR menunjukkan perbezaan saiz telur ayam betina (kiri) dan sebiji lagi telur yang dikatakan daripada ayam jantan peliharaannya di Bukit Siput, Segamat, Johor, semalam.

“Saya kemudian pergi ke reban yang terletak berhampiran rumah dan melihat Hero sedang duduk di dalam kotak yang dijadikan tempat ayam betina bertelur dan melihatnya seolah-olah sedang mengeram sesuatu.

“Saya kemudian memeriksanya dan terkejut apabila mendapati sebiji telur ayam bersaiz guli berada di bawahnya dalam keadaan panas seperti baru sahaja bertelur,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Md. Shamshir, Hero juga bertindak agresif dan cuba mematuk tangannya apabila telur tersebut dialihkan sebelum dia memberitahu kejadian tersebut kepada jiran dan rakan-rakannya yang tinggal berhampiran.

“Saya tidak mengesyaki sebarang kejadian mistik kerana percaya ini adalah kebesaran Allah. Tambahan pula, Hero merupakan ayam kacukan antara ayam hutan dengan ayam kampung,” ujarnya.

No comments:

Powered by Blogger.