Header Ads

Lelaki paling ramai membunuh diri di Malaysia

Kes bunuh diri di Malaysia didominasi lelaki | Jangan terkejut dengan pendedahan terbaru tentang kes bunuh diri di Malaysia sebenarnya didominasi oleh kaum lelaki.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, 65 peratus daripada jumlah kes kejadian bunuh diri atau cubaan bunuh diri di negara ini melibatkan golongan lelaki.

Lelaki paling ramai membunuh diri di Malaysia

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Anak Kujat, dalam persidangan Dewan Negara semalam memeberitahu, sehingga Oktober lalu, sebanyak 130 kes direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46 adalah wanita.

“Ia merangkumi 34 orang dari bangsa Melayu, 42 kaum India, 47 dari kaum Cina dan selebihnya (tujuh) terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik,” katanya.

Jumlah kes tahun 2013 & 2014

Pada tahun 2013, sebanyak 178 kes kejadian bunuh diri atau cubaan untuk membunuh diri dicatatkan, manakala 191 kes pada 2014.

Punca utama bunuh diri

Jelasnya, kejadian bunuh diri yang berlaku di negara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tekanan jiwa, kecewa dalam percintaan dan masalah keluarga.

Bagi mengatasi kes bunuh diri, Masir berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sesi perjumpaan, ceramah dan dialog telah memberikan langkah-langkah kesedaran seperti bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi bagi individu yang memerlukannya.

No comments:

Powered by Blogger.