Header Ads

Isteri dicerai suami kerana berkulit gelap

Suami cerai isteri kerana berkulit gelap | Di Mumbai, India, seorang isteri diceraikan suaminya hanya kerana warna kulitnya yang gelap.

Wanita tersebut membuat laporan polis selepas lelaki itu ceraikan melalui emel.

Si isteri mendakwa suaminya berbuat demikian, disebabkan dia berkulit gelap.

Isteri dicerai suami kerana berkulit gelap

Wanita berusia 26 tahun dari Noida itu berkata, emel penceraian itu diterimanya, tiga hari selepas dia memaklumkan suaminya bahawa dia kini sedang hamil.

Menurut laporan Times of India, wanita itu merupakan seorang pembantu penyelidik di sebuah firma farmaseutikal yang berpangkalan di Noida.

Dia mendakwa, suaminya yang merupakan seorang jurutera perisian berusia 35 tahun, menghina warna kulitnya sejak hari pertama mereka berkahwin kerana dia mahukan isteri yang berkulit cerah.

Namun, suaminya mendakwa, dia ceraikan isterinya kerana wanita itu mempunyai masalah kesihatan serius yang sengaja disembunyikan keluarganya ketika mereka berkahwin empat bulan lalu.

Dakwaan itu dinafikan oleh si isteri yang berkata: “Dari mula lagi, dia bersikap acuh tak acuh dengan saya dan dalam beberapa kejadian, dia menghina dan menampar saya.”

Menurut bapa wanita itu, anaknya itu tiada masalah kesihatan dan hanya mempunyai masalah alahan pada habuk sahaja.

No comments:

Powered by Blogger.