Kenali Rayani Air, Syarikat Penerbangan yang Baru Diperkenalkan (11 Gambar)
10 fakta tentang Rayani Air yang anda tak tahu | Rayani Air merupakan salah satu syarikat penerbangan terbaru yang dilancarkan baru-baru ini.
Jika dilihatkan daripada perkhidmatan yang bakal beroperasi pada penghujung November ini nanti, semuanya nampak manis kecuali laman web yang hanya ada gambar dan bukan info berkaitan yang kini menjadi tanda tanya kepada bakal pengguna memetik Vitdaily.
Apa pun, kami kongsikan 10 fakta mengenai Rayani Air. Moga perkongsian ini dapat menjawab beberapa persoalan anda mengenai syarikat penerbangan berlandaskan syariah ini.
Rayani Air melabur RM50 juta untuk menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargonya.
Rayani Air menggunakan dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk beroperasi
Pengarah Urusannya, Ravi Alagendrran berkata, syarikat ini akan berpangkalan di Langkawi
Fasa pertama, Rayani Air akan menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, KLIA 2, Kuching dan Kota Kinabalu
Ia akan ambil masa dua tahun untuk tambah destinasi domestik atau serantau
Tidak menghidangkan alkohol di dalam pesawat
Pramugari beragama Islam diwajibkan bertudung
Krew bukan beragama Islam pula dimestikan berpakaian sopan
Merupakan syarikat penerbangan berlandaskan Syariah Islam yang pertama di Malaysia
Penerbangan akan dimulakan dengan doa sebelum berlepas
Apa pendapat anda mengenai penerbangan ini. Kami harap semuanya baik-baiklah walaupun persediaan daripada website dan juga perkara lain nampak masih belum beroperasi sepenuhnya.
(Baca: Apa yang menarik tentang Rayani Air)
(Baca: Apa yang menarik tentang Rayani Air)
No comments: