Inspirasi Ayam goreng kipidap RM1
Punca pelajar jual ayam goreng kipidap RM1 | Kos hidup yang semakin meningkat memberi inisiatif kepada tiga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di sini untuk mengusahakan ayam goreng yang diberi nama Ayam Goreng Utara Kipidap (UFC Kipidap).
Salah seorang daripada pelajar terbabit, Irfan Faiz Zulkepli, 20, berkata, walaupun mereka bertiga tiada pengalaman menyediakan ayam goreng, namun kegigihan untuk mendapatkan wang pembelanjaan sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa telah memberi inspirasi buat mereka mengusahakan perniagaan itu di pekan Kuala Sungai Baru dekat sini dengan menjual ayam goreng kipidap pada harga RM1 seketul.
Sara hidup tinggi, pelajar jual ayam goreng kipidap RM1 |
Menurutnya, harga yang dianggap berpatutan itu membolehkan mereka menjual sebanyak 600 ketul setiap hari kecuali cuti pada hari Rabu dan majoriti pelanggan bukan sahaja penduduk kampung malah terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa termasuk pelajar.
Katanya, biarpun dijual murah namun ia masih dapat memberi keuntungan memandangkan hasrat mereka juga untuk membantu golongan pelajar khususnya mendapatkan ayam goreng pada harga yang murah menggunakan resipi tersendiri.
“Kami sering berfikir untuk dapat duit sampingan memandangkan kami tinggal menyewa dan ada di antara kami yang merupakan anak petani membuatkan kami bertekad untuk menjalankan pernigaan ini biarpun masih bergelar pelajar.
“Lagipun di kawasan ini sukar untuk mencari peniaga yang menjual ayam pada harga RM1 seketul sedangkan di Kedah banyak kawasan yang menjual ayam goreng seperti ini,” katanya yang memberitahu ketiga-tiga mereka berasal dari Kedah.
Tambah Irfan Faiz, dengan modal permulaan sebanyak RM1,500 melalui wang simpanan masing-masing telah merealisasikan impian mereka mengusahakan perniagaan tersebut dan bersyukur sejak mula berniaga pada Julai lalu mereka berjaya memperolehi lesen dari Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada bulan lalu.
Menurutnya, melihat kepada sambutan yang menggalakkan mereka turut merancang untuk membuka satu lagi cawangan perniagaan seperti itu berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah pada awal tahun depan.
“Niat kami untuk meringankan beban ibu bapa selain membantu golongan yang berpendapatan rendah serta pelajar dan kami percaya walaupun murah tapi dapat memberi keuntungan kepada kami,” katanya yang mengambil jurusan Diploma Bimbingan dan Kaunseling.
Perniagaan Ayam Goreng UFC Kipidap yang beroperasi dari pukul 4 petang hingga 8.30 malam turut diusahakan dua rakannya iaitu bersama Muhammad Nazor Abdul Razak, 20, dan Zul Akma Yusop, 20.
No comments: