Header Ads

Kata-kata terakhir Nabila Huda Sebelum Mendirikan Rumahtangga

Bakal berkahwin sekali lagi, ini luahan Nabila Huda | Bakal berkahwin pada hari Jumaat ini bersama pengurus restoran Kulcats, aktres Nabila Huda memberitahu beliau hanya menginginkan sebuah majlis yang ringkas serta sederhana sahaja.

Nabila akan mengadakan majlis pernikahan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi.

Menurut Nabila jika perkahwinan beliau kali ini adalah seperti yang beliau impikan, maka ia akan menjadi yang terakhir dalam hidup beliau.

Kata-kata terakhir Nabila Huda Sebelum Mendirikan Rumahtangga

Apa yang saya bayangkan, majlis perkahwinan itu nanti akan diadakan secara serba ringkas di mana ia hanya melibatkan majlis pernikahn sahaja.  Sekiranya perkahwinan kali ini jadi seperti apa yang saya fikir, saya bayangkan dan saya impikan, insyaAllah ia adalah yang terakhir dalam hidup saya.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu ia kekal sehingga ke akhir hayat. Tahniah kami ucapkan kepada Nabila Huda yang bakal berkahwin pada hari Jumaat ini, semoga masjid yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke jannah dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

No comments:

Powered by Blogger.