Header Ads

Hukuman gantung kepada peniaga vape

Peniaga vape berdepan hukuman tali gantung | Empat kenalan termasuk dua peniaga vape perisa ganja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat lebih dua kilogram (kg) di sebuah kondominium di Jalan Jelatek dekat sini hampir dua minggu lalu.

Hukuman gantung kepada peniaga vape

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dari­pada kesemua tertuduh termasuk sepasang suami isteri selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Azuwan Mohd. Nor.

Sebaliknya, tertuduh pertama, Shazlina Azlin Mat Daud, 36, tertuduh kedua dan ketiga yang juga pasangan suami isteri, Azhariza Zakaria, 40, dan Norihan Ali, 36, yang menjalankan perniagaan dalam bidang pengurusan acara termasuk tertuduh keempat, Zaki Mohd. Ali, 34, hanya mengangguk faham lapor Kosmo!.

No comments:

Powered by Blogger.