Gara-Gara Jambang, Lelaki Muslim Ini Diarah Turun Bas
Lelaki Islam Ini Diusir Dari Bas Kerana Jambang | SEORANG lelaki Muslim yang berasal dari Somalia, Ibrahim Mohamed Ismail telah diarahkan untuk turun semula dari bas yang dinaiki tatkala dia baru sahaja menaiki bas berkenaan.
Kejadian di England itu berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun tersebut menaiki bas National Express yang akan berlepas dari Bristol menuju ke London.
Ibrahim yang sudah 15 tahun bermastautin di negara berkenaan berkata, dia percaya yang punca utama dirinya diarahkan untuk turun semula adalah kerana jambangnya dan juga cara berpakaiannya yang ‘mencurigakan.’
Lebih malang lagi, dia telah meminta syarikat bas berkenaan untuk memulangkan semula duit tiketnya, namun mereka pula tidak mempedulikan permintaannya.
Harga tiket yang dibeli lelaki Muslim itu adalah £25 (RM161.77) dan lebih malang lagi, dia terpaksa untuk mengeluarkan wangnya bernilai £56 (RM362.38) untuk membeli tiket kereta api bagi meneruskan perjalanannya ke London.
Kejadian berlaku disebabkan oleh diskriminasi yang melabelkan Muslim seluruh dunia sebagai pengganas. Ini disokong dengan beberapa siri serangan yang berlaku di Paris dan California baru-baru ini.
No comments: