Header Ads

Cadangan 5 Menu sarapan untuk anak anda agar sihat dan kuat

5 Menu sarapan terbaik untuk anak anda | Ada sebab mengapa dikatakan “sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari anda”.

Selepas bangun daripada tidur selama tujuh hingga sembilan jam tanpa makanan, tubuh anda memerlukan sesuatu yang berkhasiat.

Bagi si kecil, sarapan memainkan peranan yang lebih penting. Terdapat begitu banyak kajian yang menunjukkan kesan positif bersarapan kepada prestasi akademik berbanding kanak-kanak yang tidak bersarapan.

Cadangan 5 Menu sarapan untuk anak anda agar sihat dan kuat

Jadi, penyediaan sarapan untuk anak-anak (dan diri sendiri) bukan satu tugas yang mudah.

Sebahagian daripada ibu-ibu hampir tidak mempunyai masa untuk bersolek, apatah lagi mahu menyiapkan hidangan berkhasiat untuk sarapan keluarga.

Bukan itu sahaja, kita semua tahu bagaimana anak-anak boleh menjadi agak cerewet dengan pilihan sarapan mereka.

Apa jua cabaran anda yang mungkin dihadapi setiap pagi, jangan bimbang.

Menerusi Mstar, kami ingin membantu anda memilih lima sarapan cepat, mudah dan lazat serta  yang paling penting si kecil anda tidak akan mengatakan “tidak” kepada:

Buah-buahan dan yogurt parfait

5 Menu sarapan terbaik untuk anak anda

Parfait adalah pilihan yang mudah dan sihat untuk memulakan hari anda. Lapisan berkrim serta bahan-bahan berkhasiat yang rangup yang dimasukkan ke dalam gelas kaca pasti akan menambat hati anak-anak.

Untuk menyediakan parfait, anda perlukan tiga bahan utama iaitu yogurt semula jadi, granola atau serbuk biskut dan buah-buahan segar.

Anda boleh menggunakan apa jua buah-buahan segar untuk menyediakannya sama ada epal mahupun anggur dan strawberi.

Lapiskan semua bahan tadi di dalam cawan bermula dengan yogurt, kemudian granola dan diukuti dengan buah-buahan.

Jangan lupa tinggalkan beberapa potongan buah-buahan segar untuk diletakkan di atas sebagai hiasan untuk melengkapkan hidangan anda.

Anda juga boleh menggunakan yogurt berperisa atau curahkan sedikit madu di bahagian atas bagi melengkapkan parfait anda.

Yogurt popsicles

5 Menu sarapan terbaik untuk anak anda

Aiskrim berupaya membuatkan semua orang gembira. Pastinya bukan selalu anak-anak anda dapat menikmati hidangan pencuci mulut pada waktu sarapan. Justeru kami yakin anda boleh bayangkan raut wajah mereka tatkala hidangan ini disediakan untuk permulaan hari.

Sama seperti parfait, aiskrim yogurt ini hanya memerlukan dua atau tiga ramuan. Ia akan kelihatan hebat apabila dipadankan dengan buah-buahan yang berbeza. Anda mungkin perlukan acuan khas aiskrim khas untuk hidangan ini.

Dalam acuan yang sama, masukkan sekali satu sudu yogurt asli atau berperisa dan tambahkan hirisan buah pilihan anda.

Anda sebenanya boleh juga gaulkan dahulu yogurt dan buah sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

Sandwich mentega kacang dan pisang

5 Menu sarapan terbaik untuk anak anda

Anda hanya perlukan tiga ramuan bagi menyediakan hidangan ini iaitu dua keping roti, mentega kacang dan pisang. Untuk tambahan anda boleh letakkan sedikit serbuk kulit kayu manis.

Untuk pastikan sandwich anda tinggi dengan serat, anda boleh gunakan roti bijian penuh atau multigrain. Sapukan butter dan mentega kacang di kedua-dua bahagian roti dan kemudian hirisan pisang serta taburkan serbuk kulit kayu manis. Kini anda sedia untuk mulakan hari yang ceria!

Bar mentega kacang dan cip coklat oat

5 Menu sarapan terbaik untuk anak anda

Bar ini perlu disediakan terlebih dahulu tapi ia begitu berbaloi dijadikan sarapan anda untuk sepanjang minggu.

Untuk sediakannya, anda hanya perlu gaulkan semua bahan-bahan di bawah dan sudukan ke dalam dulang pembakar.

Seterusnya ratakan adunan tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang satu jam atau sehingga ia keras.

Kemudian potong mengikut saiz yang anda inginkan. Untuk menyimpannya, anda perlu lapiskan bar tadi dengan kertas pelapik bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.

Bahan-bahan:

1½ cawan – oat

¼ cawang setiap satu – biji rami , biji bunga matahari, biji labu dan bijan

½ cawan setiap satu – gajus , badam

½ cawan madu asli

1 cawan mentega kacang

½ cawan cip coklat

Telur capsicum

5 Menu sarapan terbaik untuk anak anda

Hidangan ini bertujuan untuk memastikan anak-anak anda mengambil makanan berprotein dan sayur pada masa yang sama.

Apa yang anda perlukan ialah capsicum (pilih warna kesukaan anda), telur dan sedikit bahan perasa.

Potong capsicum dan buang biji. Panaskan kuali tidak melekat dan letakkan capsicum. Dengan berhati-hati masukkan telur ke tengah-tengah capsicum tadi. Taburkan sedikit lada, garam atau mana-mana herba pilihan anda dan biarkan ia masak selama 2 minit sebelum dihidangkan dengan roti bakar bijian penuh.

Akhir sekali untuk memastikan anak anda mendapat kebaikan penuh daripada sarapan, tambahkan menu ini bersama minuman yang sihat dan berkhasiat seperti Milo sebelum memulakan hari anak-anak anda.

No comments:

Powered by Blogger.