Header Ads

Berapa Harrison Ford dibayar untuk filem ‘Star Wars: The Force Awakens’?

Bayaran untuk Harrison Ford selepas membintangi filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ | Bayaran diterima Harrison Ford itu 76 kali lebih banyak daripada barisan pelakon lain dalam filem itu seperti Daisy Ridley dan John Boyega yang dibayar USD623,000 (RM2.6 juta) setiap seorang.

Harrison, 73, turut dilaporkan bakal menerima 0.5 peratus daripada jumlah kutipan bersih filem itu nanti yang setakat ini meraih kutipan sebanyak USD517 juta (RM2.1 bilion) pada seminggu tayangannya di seluruh dunia lapor Mstar.

Berapa Harrison Ford dibayar untuk filem ‘Star Wars: The Force Awakens’?
PELAKON terkenal Harrison Ford dilaporkan menerima sebanyak USD34.7 juta (RM145 juta) menerusi kemunculannya dalam filem Star Wars: The Force Awakens.

Selain Harrison, karya terbitan Walt Disney Studios Motion Pictures dan Lucas Films itu merupakan naskhah terbaharu arahan J.J. Abrams yang itu turut menampilkan barisan pelakon asal seperti Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2).

No comments:

Powered by Blogger.