Bapa setan, seks luar tabii dengan anak sendiri
Bapa iblis, seks luar tabii dengan anak gadis sendiri | SEREMBAN – Seorang peniaga pasar malam dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara bermula semalam dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini atas pertuduhan melakukan perbuatan luar tabii kepada anak perempuannya dua tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Madihah Harullah terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas dia membuat pengakuan bersalah.
Tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun.
Tertuduh diiring polis ketika dibawa keluar Mahkamah Sesyen Seremban, semalam. |
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Pedas Indah, Rembau di sini, lebih kurang jam 6 petang, pada Ogos 2013.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang mensabitkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu diberi hukuman ringan kerana itu adalah kesalahan pertama selain mempunyai dua orang anak masih bersekolah dan ibu yang sudah tua.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Abdul Rashid memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh demi kepentingan awam dan mengambil kira trauma yang dihadapi oleh mangsa yang merupakan anak tertuduh.
Mengikut fakta kes, ketika pengadu (mangsa) sedang menonton televisyen di rumah, bapanya iaitu (tertuduh) telah membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu.
Pengadu kemudian telah dipaksa oleh tertuduh melakukan perbuatan luar tabii sebanyak dua kali.
Malah, tertuduh juga turut melakukan perbuatan tidak senonoh kepada pengadu seperti meraba badan pengadu dan menunjukkan gambar lucah ketika pengadu berusia 15 tahun lagi.
Pengadu tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya kerana takut dengan tertuduh yang disifatkan sebagai panas baran dan selalu memberi amarannya.
Bagaimanapun, pada 20 November lalu, pengadu nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan membuat laporan polis keesokannya menyebabkan tertuduh ditahan
No comments: