Vape meletup, lelaki Lelaki patah leher dan muka retak
Lelaki patah leher dan retak muka kerana vape meletup | Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.
Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.
Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang memetik MStar.
Patah Leher Retak Muka Akibat Vape Meletup |
“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.
Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.
Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.
“Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang,” katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.
Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup.
No comments: