Header Ads

Polis gagal kesan suspek kerana sirih

Mulut jadi kecil sejak makan sirih gagalkan polis untuk kesan suspek | Seorang suspek kes bunuh berjaya mengelak ditangkap polis selama lebih sedekad selepas wajahnya secara tidak sengaja berubah akibat amalannya makan sirih untuk meredakan tekanan.

Lelaki dikenali sebagai Xie itu diburu pihak berkuasa berhubung kes bunuh pada 2002, lapor People’s Daily Online.

Polis gagal kesan suspek kerana sirih
GAMBAR kiri dan kanan menunjukkan perbezaan saiz mulut Xie.

Bagaimanapun, disebabkan terlalu tertekan hidup dalam pelarian, lelaki itu mula mengunyah sirih setiap hari sehingga menyebabkan mulutnya mengecil seterusnya menukarkan paras mukanya.

Xie dilaporkan menggunakan nama dan kad pengenalan sepupunya yang sudah meninggal dunia sebelum akhirnya dikenal pasti polis minggu ini di wilayah Hunan hasil maklumat awam.

Dia dikatakan menjalankan rangkaian pelacuran di Shunde, wilayah Guangdong, dan membunuh pelanggan yang membayarnya menggunakan wang palsu.

No comments:

Powered by Blogger.