Header Ads

“Periuk Nasi Kami Dalam Bahaya!” - Pemandu Teksi

Pemandu Teksi Dedah Uber Dan GrabCar Tak Jamin Keselamatan Penumpang | “Untuk mereka sangat mudah, hanya perlukan kereta dan lesen memandu biasa, sebaliknya kami (pemandu teksi) perlu melalui pelbagai prosedur termasuk bayaran mahal sebelum dibenarkan mengambil penumpang.”

Demikian luahan hati sekumpulan pemandu teksi yang berhimpun bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kewujudan aplikasi Uber dan GrabCar yang didakwa menjejaskan punca pendapatan mereka.

“Periuk Nasi Kami Dalam Bahaya!” - Pemandu Teksi
“Periuk Nasi Kami Dalam Bahaya, Uber Dan GrabCar Tak Jamin Keselamatan Penumpang!” – Protes Pemandu Teksi

Rata-rata pemandu teksi yang ditemui menyuara rasa tidak puas hati dan mahu kerajaan mengambil tindakan tegas menyelesaikan kemelut isu ini.

Pemandu teksi Rohana Zakaria, 45, berkata, kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan perkara ini dan telus dalam membuat keputusan.

Katanya, sekiranya kerajaan membenarkan perkhidmatan melalui aplikasi ini, ia jelas mengganggu punca pendapatan mereka kerana sudah tentu harga ditawarkan perkhidmatan ini lebih murah.

“Kami (pemandu teksi) perlu membayar lesen PSV, insurans lebih mahal, permit teksi dan pemeriksaan berkala Puspakom selain wajib mengikuti peraturan ketat ditetapkan.

“Lebih baik kami sertai Uber dan GrabCar, tak perlu bayar kos lebih seperti teksi biasa,” katanya, semalam.

Menurutnya, kerajaan perlu memahami pendapatan sebagai pemandu teksi bukanlah semewah disangka, inikan lagi wujud persaingan perkhidmatan lain.

Seorang lagi pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Asri, 38, berkata, rata-rata pemandu teksi membayar sewa permit dan kereta sekurang-kurangnya RM 70 setiap hari.

Katanya, setiap teksi berdaftar perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan yang merangkumi penekanan terhadap keselamatan penumpang.

“Pemandu kereta sapu pasti tiada pemantauan dan sesiapa sahaja boleh kendalikan perkhidmatan ini untuk mengaut untung berlipat ganda.

“Contoh paling mudah dari segi perundangan, sekiranya pemandu teksi tidak berpakaian kemas pun boleh dikenakan denda RM300. Bagaimana pula dengan kereta sapu, mereka bebas tanpa terikat dengan SOP ditetapkan,” katanya memetik Harian Metro.

No comments:

Powered by Blogger.