Bayi Didukung Ibu Saudara OKU Maut Tercampak Ketika Lintas Jalan
Bayi Setahun Tiga Bulan Didukung Ibu Saudara OKU Maut Tercampak Ketika Lintas Jalan | Bayi lelaki berusia setahun tiga bulan maut tercampak ketika didukung ibu saudaranya yang lintas jalan selepas mereka dilanggar lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Bakar Batu Permas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini, 10 pagi tadi.
Mohammad Qayyum Mohd Saffari meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibu saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, Suhaila Shaharudin, 41, parah memetik Harian Metro.
Mayat Mohammad Qayyum dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala Suhaila dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
Menurut saudara mangsa yang enggan dikenali, mangsa yang maut adalah anak bongsu daripada empat beradik.
No comments: