Lelaki dinobat Mr Ugly 2015 tewaskan juara bertahan
Tuah muka hodoh, lelaki ini bangga tewaskan juara bertahan Mr Ugly 2015 yang telah menang 3 kali berturut-turut | Seorang penganggur diumum sebagai pemenang pertandingan lelaki paling hodoh di Zimbabwe apabila mengalahkan 35 peserta yang lain.
Mison Sere membawa pulang hadiah wang tunai AS$500 (RM2,141) selepas disahkan pemenang Mr Ugly 2015 yang berlangsung di sini pada Jumaat lalu memetik Harian Metro.
![]() |
| SERE membuat aksi lucu ketika menyertai pertandingan Mr Ugly 2015 di Harare, Zimbabwe. |
Sere yang tidak mempunyai beberapa gigi depan berkata, dia sangat gembira apabila menewaskan penyandang gelaran Mr Ugly sebanyak tiga tahun berturut-turut.
“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memenangi gelaran ini. Pada tahun lalu saya menduduki tempat keempat.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana mengiktiraf wajah saya,” katanya.

No comments: