Kerana Kentut Kambing Biri-Biri, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas
Pesawat Kargo Terpaksa Mendarat Cemas Gara-gara Kentut Kambing Biri-Biri | BALI – Sebuah pesawat Singapore Airlines dalam penerbangannya dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa membuat pendaratan cemas di Bali selepas menerima amaran kebakaran dalam pesawat.
Bagaimanapun, sistem pengesan asap pesawat pengangkut SQ-7180 jenis Boeing 747-400 itu tersilap bacaan menyebabkan amaran palsu telah dikeluarkan.
Punca amaran kebakaran itu sebenarnya disebabkan oleh gas kentut dan najis kambing biri-biri. Kentut dan najis haiwan boleh mengeluarkan gas metana.
Selain membawa empat anak kapal, pesawat itu juga turut mengangkut 2,186 ekor kambing biri-biri.
No comments: