Header Ads

Kementerian Pendidikan siasat pelajar melamar sambil berpeluk cium di sekolah

Isu melamar sambil berpeluk cium di sekolah: Kementerian Pendidikan jalankan siasatan | Kementerian Pendidikan akan menyiasat video dua pelajar yang dilihat berpelukan dan bercium di kawasan sekolah hingga menjadi viral di laman sosial.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata kementerian itu masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat memetik Mstar.

Kementerian Pendidikan siasat pelajar melamar sambil berpeluk cium di sekolah

“Saya belum pernah menonton video itu, tapi isu ini sudah sampai ke pengetahuan saya.

“Kami akan siasat bagi mengetahui di mana dan bila kejadian itu berlaku,” katanya selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 di sini, Selasa.

Satu video berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang pelajar perempuan berlari dan memeluk seorang pelajar lelaki mengundang pelbagai rekasi netizen.

Pelajar lelaki berkenaan sebelum itu dilihat melutut sambil ‘melamar’ pelajar perempuan tersebut yang dipercayai teman wanitanya.

Perbuatan itu menerima tepukan dan sorakan daripada rakan-rakan mereka yang berada di kawasan berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.