Header Ads

Ikan Ini Mampu Hidup di Darat Selama 2 Bulan

Anda Tidak Akan Percaya Ikan Ini Mampu Hidup di Darat Selama 2 Bulan | Sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan saintis dari Wake Forest University, Amerika Syarikat, mendapati bahawa ikan mangrove rivulus mampu hidup di darat selama dua bulan.

Ikan tersebut merupakan ikan hermaprodit-mempunyai dua jenis kelamin, jantan dan betina-yang biasanya hidup di paya tropika, di Florida dan Brazil, yang di petik dari Live Science.

Ikan aneh ini mempunyai saiz yang kecil. Panjangnya hanya kira-kira 75 milimeter. Namun, kemampuan ikan ini sangat luar biasa, tidak hanya hidup di air, ikan ini juga boleh hidup di darat.

Ikan Ini Mampu Hidup di Darat Selama 2 Bulan

Pada kajian tahun 2007 lalu, para saintis menemui ikan mangrove rivulus mampu hidup di darat selama 66 hari. Ikan itu hanya diam meringkuk di atas pokok-pokok bakau.

Untuk mengetahui sebab-musabab, asal-usul kemampuan ikan itu, pasukan penyelidik pun mula merakam aktiviti ikan tersebut selama berada di daratan.

"Selepas diamati, ikan bakau rivulus mengubah fungsi insangnya semasa di darat, dan bernafas melalui kulit," kata Benjamin Perlman, ketua penyelidikan.

"Keupayaan ikan itu hidup di darat juga dipengaruhi oleh kekuatan ekornya yang dapat membuat tubuh ikan itu melompat-lompat di daratan," tambahnya.

Perlman menjelaskan, ekor mangrove rivulus mempunyai kekuatan untuk memindahkan tubuh ikan dari air ke darat. Setelah berada di darat, ikan itu akan meringkuk menyerupai huruf C. Kemudian ekornya bergerak-gerak untuk membantu tubuh ikan itu berpindah tempat.

"Selain untuk memindahkan tubuh ke daratan, ekornya juga berfungsi untuk mengarahkan lompatan pada ketika memburu mangsa, seperti serangga kecil dan cengkerik," kata Perlman.

Kemampuan melompat itu juga menjadi kunci ikan mangrove rivulus bertahan hidup di darat. Ikan itu boleh berpindah dari lingkungan yang minimum oksigen ke persekitaran yang mempunyai kandungan hidrogen sulfida yang tinggi.

Hasil dari rakaman video kajian itu telah diterbitkan di laman Society for Experimental Biology.

No comments:

Powered by Blogger.