Brewer liquid vape setuju keluarkan perisa vape sifar nikotin
Pembuat perisa vape setuju patuhi garis panduan keluarkan perisa vape sifar nikotin | Pembuat e-liquid iaitu perisa vape bersetuju mematuhi garis panduan Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) untuk hanya mengeluarkan cecair perisa vape dengan kandungannya sifar nikotin.
Presiden MEVTA Allan Foo berkata, tindakan itu adalah antara sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu mengawal selia peranti dan cecair vape yang sudah menjadi isu nasional memetik Harian Metro.
![]() |
Pembuat setuju perisa vape sifar nikotin |
Beliau berkata, semua pembuat e-liquid yang berdaftar dengan MEVTA akan menggunapakai garis panduan itu.
“Kami menyahut pengumuman KKM melarang penjualan cecair bernikotin tanpa lesen.
“Justeru kami meminta mereka yang bukan ahli MEVTA supaya turut patuh garis panduan sama bagi memasarkan produk mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, MEVTA berharap pada masa akan datang, tiada lagi serbuan atau rampasan dijalankan KKM terhadap cecair nikotin sifar.
No comments: