Amaran air pasang besar di Selat Tebrau
MBJB beri amaran air pasang besar di Selat Tebrau | Orang ramai dinasihatkan untuk bersedia dan berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Selat Tebrau dari 24 November hingga 30 November dengan paras ketinggian air laut boleh mencecah sehingga 3.7 meter memetik Johor Times.
MBJB Beri Notis Air Pasang Besar di Selat Tebrau |
Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan beberapa kawasan terutamanya di kawasan pusat bandar dan kawasan rendah berhampiran tepi pantai atau sungai boleh dilanda banjir sekiranya berlaku hujan lebat secara berterusan semasa air pasang besar ini.
MBJB turut meminta penduduk setempat yang berada di kawasan terlibat untuk berjaga-jaga sepanjang tempoh fenomena air pasang besar ini.
No comments: