Header Ads

Ahli Parlimen berang dengan kenaikan tol yang membebankan rakyat

Isu tol naik: Tak cukup-cukupkah lagi bebankan rakyat? – Ahli Parlimen naik berang | Selepas kenaikan kadar tol baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mempersoalkan tindakan kerajaan yang sekali lagi membenarkan lapan syarikat konsesi berbuat demikian pada tahun hadapan.

Mohd Hatta berkata, tindakan kerajaan itu bukan hanya mengejutkan malah menambah lagi beban rakyat tanpa henti.

Beliau turut yakin bahawa rakyat tiada pilihan dan terpaksa menanggung derita dalam diam memandangkan sebahagian pengguna jalan raya merupakan penyokong kerajaan memetik Sinar Harian.

Ahli Parlimen berang dengan kenaikan tol yang membebankan rakyat

“Sebelum ini sudah naikkan tol sehingga ada yang mencecah kadar 50 peratus (kenaikan pada 15 Oktober tahun ini, jika mahu naik lagi, saya tidak dapat bayangkan beban yang terpaksa dilalui rakyat,” katanya ketika ditemui Sinar Online di pekarangan lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya semalam.

Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Pada 15 Oktober lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya di sekitar Lembah Klang sudah pun dinaikkan dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

No comments:

Powered by Blogger.