Menteri Pendidikan Arah Sesi Persekolahan Seluruh Negara Berjalan Seperti Biasa Esok
Semua sekolah di seluruh Malaysia berjalan seperti biasa esok 26 Oktober 2015 | Sesi persekolahan di seluruh negara berjalan seperti biasa esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin baik, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahad.
“Ini bermakna tiada negeri atau kawasan yang persekolahannya ditutup esok,” katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau memetik Bernama.
Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 4 petang tadi, empat kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang, Johor (106), Banting (101), Pelabuhan Klang (117), Shah Alam (108) di Selangor.

No comments: