Anjing selamatkan bayi baru lahir dan hantar ke rumah penduduk berhampiran
Ibu buang bayi di rumah kosong: Anjing ini bertindak selamatkan bayi baru lahir ini dan hantar ke rumah penduduk berhampiran | Gambar seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial semalam.
Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong dan terbiar tanpa sebarang pakaian atau barang keperluan dipercayai mahu membiarkan bayinya mati di rumah tersebut.
Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna kuning ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggongnya keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.
Menurut sumber, bayi berkenaan yang masih bernyawa segera dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan.
No comments: