Header Ads

8 Benda diharamkan di negara luar tapi biasa je kat Malaysia

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan | Pasti anda tertanya-tanya apa benda yang diharamkan di negara luar tetapi nampak biasa je kat Malaysia.

Menerusi Siakap Keli, kami kongsikan 8 benda yang diharamkan di negara luar tetapi tidak di Malaysia.

1 – WALKER BAYI

8 Benda diharamkan di negara luar tapi biasa je kat Malaysia

Diharamkan di Kanada.

Kenapa? Pada 2004, saintis di Kanada mendapati walker bayi boleh membawa kepada kecederaan kepala, patah tulang, dan maut kerana ia boleh memberikan bayi kepantasan yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa.

2 – MANNEQUINS

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan

Diharamkan di Iran

Kenapa? Pada 2009, kerana penularan fesyen-fesyen dari barat, kerajaan Iran mengharamkan kedai-kedai baju dari mempamerkan patung-patung perempuan yang menampakkan bentuk badan seksi dan tanpa hijab.

3 – PENYEDUT VICKS

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan

Diharamkan di Jepun

Kenapa? Kerana alat ini mempunyai kandungan pseudoephedrine yang mana diharamkan dalam undang-udang penggunaan dadah di Jepun.

4 – SELUAR JEANS BIRU

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan

Diharamkan di Korea Utara

Kenapa? Di Korea Utara, seluar jeans biru adalah simbol Amerika Syarikat.

5 – TOPENG MASQUERADE

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan

Diharamkan di Arab Saudi

Kenapa? Pada 2013, Arab Saudi telah mengharamkan topeng muka yang digunakan di dalam filem “V for Vendetta” dan mula merampas topeng-topeng muka yang dijual di pasarannya. Hari ini apa jua jenis topeng Masquerade di haramkan di negara itu.

6 – GULA-GULA GETAH

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan

Diharamkan di Singapura

Kenapa? Pada 1992, Perdana Menteri Singapura mengharamkan jual beli dan import gula-gula getah. Ini kerana gula-gula getah dikatakan boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara apabila ia digunakan sebagai alat memvandal seperti diletakkan di sensor pintu, di pintu-pintu LRT dan sebagainya.

7 – FILEM “ANNA & THE KING”

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan

Diharamkan di Thailand

Kenapa? Filem ini di haramkan di Thailand kerana ia dikatakan menghina sistem monarki negara tersebut dan tidak menceritakan dengan tepat sejarah Thai.

8 – POKEMON

Diharamkan di Turki

8 Benda ni biasa je dekat Malaysia tapi di negara luar diharamkan


Kenapa? Dua kes kanak-kanak Turki terjun dari balkoni pada tahun 2000 kerana percaya mereka mempunyai kuasa seperti Pokemon. Kerajaan Turki kemudian mengharamkan rancangan TV pokemon selepas itu. Namun kini status sama ada ia diharamkan lagi atau tidak diketahui.

No comments:

Powered by Blogger.