Header Ads

Presiden FAM Bakal Letak Jawatan

Presiden FAM Tengku Abdullah Letak Jawatan Isnin | Presiden Persatuan Bola Sepak MAlaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan meletak jawatan pada Isnin.

Perletakan jawatan Tengku Abdullah dikaitkan dengan kekalahan buruk 10-0 Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi Khamis lalu.

Berikutan keputusan tersebut, Tengku Abdullah dan barisan kepimpinan FAM dikritik teruk oleh peminta-peminat bola sepak tempatan memetik Mstar.

Presiden FAM Bakal Letak Jawatan

Pengawai FAM mengesahkan laporan tersebut, namun belum mendedahkan penjelasan lebih lanjut.

Sebelum ini Tengku Abdullah menyatakan persediaannya untuk berundur sebagai presiden persatuan itu namun secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pengurusan badan induk bola sepak negara itu secepat mungkin bagi membolehkan jawatan itu dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Dalam pada itu baginda mengakui amat kecewa ekoran kekalahan memalukan skuad bola kepada UAE.

No comments:

Powered by Blogger.