Header Ads

Penjelasan Tesco Isu Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

Tesco Akhirnya Mohon Maaf Insiden Pelanggan Bawa Anjing | Tesco Malaysia tampil membuat permohanan maaf berkenaan insiden seorang pelanggan yang membawa anjingnya ke dalam pasar raya, Tesco Extra Plentong, Johor Baharu.

Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya hari ini, Tesco Malaysia kesal dengan kejadian itu dan menyatakan pihaknya mempunyai peraturan ketat melibatkan haiwan peliharaan memetik The Rakyat Post.

Penjelasan Tesco Isu Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli
“Kami ingin menjelaskan pihak pengurusan Tesco tidak membenarkan binatang peliharan di dalam premis,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kakitangan Tesco dan jawatankuasa Masjid Palentong telah menyamak troli bagi memastikan ianya bersih untuk digunakan.

Semalam, gambar seorang wanita yang membawa anjing peliharaannya ke premis Tesco menjadi viral.

Tindakan tersebut mendapat kritikan netizen yamg menganggap ianya tidak patut dilakukan kerana kurang peka dengan peraturan dan sensitiviti kaum serta agama.

(Baca: AJK Masjid Plentong ‘Sertu’ Troli Tesco)

No comments:

Powered by Blogger.