Hukuman Kahwin Paksa Sekiranya Pasangan Kekasih Balik Lewat
Pasangan Kekasih yang Balik Lewat Dihukum Kahwin Paksa di Daerah Ini | Hukuman kawin paksa buat pasangan kekasih yang berjumpa lebih dari pukul 9 malam, mula dikuatkuasakan di Purwakarta, Jawa Barat, Indonesia.
Memetik Dream.co.id, peraturan tersebut dilaksanakan di enam buah perkampungan iaitu di Cilandak Kecamatan Cibatu, Lingga Mukti, Cilingga Kecamatan Darangdan, Mekar Jaya, Cibeber Kecamatan Kiara Pedes dan Sukamulya Kecamatan Tegalwaru.
Pemerintah Kabupaten Purwakarta melaksanakan dasar tersebut adalah untuk menyekat pasangan kekasih bertemu sehingga lewat malam, serta mengambil tahu kegiatan remaja agar tidak terjerumus dengan aktiviti yang tidak sihat.
Pasangan yang ditangkap tidak akan dihukum begitu sahaja. Selepas mendapat amaran melebihi tiga kali dan masih ditangkap, barulah mereka akan di hukum.
Bukan itu sahaja, ada tambahan peraturan baru yang sedang dirangka, dimana remaja di bawah umur 17 tahun, dilarang untuk bercinta dan mempunyai kekasih.
Kini, setiap kampung di daerah ini bersiap sedia untuk memastikan tiada lagi pasangan kekasih yang keluar melebihi dari pukul 9 malam dan CCTV juga dipasang untuk memerhati setiap kawasan.
No comments: