Header Ads

Ketua Umno Sungai Besar Kata Jerebu Hilang Kerana Berkat Perhimpunan Baju Merah

‘Jerebu Hilang Malam Ini Kerana Perhimpunan Baju Merah Mendapat Berkat’ – Ketua Umno Sungai Besar | PETALING JAYA – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, yang terlibat dalam penganjuran ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ dengan yakin dan pasti jerebu akan hilang menjelang tengah malam sebelum perhimpunan itu berlangsung esok.

Menurut Jamal, keajaiban itu berlaku kerana perhimpunan baju merah bangsa Melayu itu akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa memetik Free Malaysia Today.

Ketua Umno Sungai Besar Kata Jerebu Hilang Kerana Berkat Perhimpunan Baju Merah

“Hari ini saya rasa akan berlaku satu keajaiban kerana perhimpunan itu disertai dengan solat hajat, doa dan kebaikan. Saya rasa esok udara langit akan terang benderang. Takkan ada jerebu lagi. Jerebu sampai tengah malam ini sahaja,” katanya. 

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang telah dibenarkan oleh pihak polis dengan syarat-syarat yang ketat perlu dipatuhi oleh penganjur dan peserta. 

Perhimpunan itu didakwa bertujuan menyatakan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional khususnya terhadap kepimpinan Najib di beberapa lokasi ibu negara termasuk di Bukit Bintang dan berakhir di Padang Merbok.

Malangnya, kenyataan Jamal itu dijadikan sebagai bahan ketawa netizen yang menganggap dirinya telah bertukar karier dan menjadi ahli meteorologi. 

“Inilah minda orang Melayu. Menipu saja kerjanya. Kenapalah bengap mamat sekor ni? Tak tahu nak gelak atau menangis baca statement dia ni,” kata mereka. 

“Jerebu di semenanjung teruk sangat ke sampai tersumbat di kepala otak dia? Bila puak-puak bangsat ini berhimpun, semakin bertambahlah jerebu nanti. Tak dapat nak bayangkan kalau orang seperti Jamal ini memimpin perhimpunan esok. 

No comments:

Powered by Blogger.