Header Ads

Kerana Lagu yang Dinyanyikan, Lelaki Ini Mampu Buat Ramai Orang Menangis

Lelaki Ini Buat Orang Ramai Menangis Dengan Lagu yang Dinyanyikan | Hanya orang yang pernah kehilangan orang yang tersayang tahu bagaimana sakitnya bila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Begitu juga apa yang dirasai Josh Daniels, 21 yang pergi ke uji bakat Britain’s The X Factor.

Dia merupakan peserta yang terakhir pada hari itu jadi juri dan penonton sudah sedikit penat dan tak sabar nak balik rumah.

Dia menyanyikan lagu ‘Jealous’ nyanyian Labrinth. Lagu ini sebenarnya menceritakan tentang kisah percintaan yang mana bekas kekasihnya gembira dengan hidupnya.

Kerana Lagu yang Dinyanyikan, Lelaki Ini Mampu Buat Ramai Orang Menangis

Tetapi Daniels menyanyikan lagu ini sebagai satu penghormatan kepada sahabat baiknya yang telah meninggal dunia ketika berusia 18 tahun. Lagu ‘Jealous’ ini adalah cara Daniels menceritakan bagaimana dia cemburu dengan sahabatnya itu kini bahagia tanpanya.

Simon Cowell, seorang juri yang sangat serius dan susah mengalirkan air mata juga akhirnya tewas kerana Daniels betul-betul bawakan lagu ini dengan sepenuh perasaan.

No comments:

Powered by Blogger.