Header Ads

IPU tidak sihat di 27 kawasan di Semenanjung dan Sarawak

27 kawasan di Semenanjung dan Sarawak catat IPU tidak sihat | Jumlah kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 27 di Semenanjung dan Sarawak setakat jam 7 pagi ini berbanding 19 pada petang semalam.

Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh negeri mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat termasuk tiga kawasan di Johor, Melaka (dua), Negeri Sembilan (empat), Perak (empat), Sarawak (tiga), Selangor (lima) dan tiga di Wilayah Persekutuan memetik Berita Harian.

IPU tidak sihat di 27 kawasan di Semenanjung dan Sarawak

Satu kawasan masing-masing di Terengganu dan Pulau Pinang turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Kemaman dan kawasan kampus Universiti Sains Malaysia (USM).

Nilai, Negeri Sembilan, Banting, Selangor serta Putrajaya mencatatkan bacaan IPU tertinggi pagi ini iaitu IPU 170, IPU 175 dan IPU 163.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Sumber: 

No comments:

Powered by Blogger.