Header Ads

Gadis Ini Akhirnya Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga Selepas 6 Tahun di Rumah Anak Yatim

Selepas 6 Tahun di Rumah Anak Yatim, Gadis Ini Akhirnya Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga | Julia Wetmore telah dikenali di seluruh Amerika Syarikat dengan ‘Gadis Tanpa Muka’. Dia telah dilahirkan dengan masalah genetik yang dipanggil Treacher Collins Syndrome yang menyebabkan perubahan bentuk mukanya. Tapi kes Juliana adalah yang paling teruk pernah didokumenkan sehingga sekarang.

Walaupun tidak mempunyai rupa seperti bayi yang lain, tetapi anggota badan Juliana seperti bayi normal. Dia benar-benar sihat, cuma tulang pada wajahnya tiada dan menyukarkan Juliana untuk bernafas. Hal itu membuatkan doktor fikir yang Juliana tidak mampu untuk hidup lama memetik era.fm.

Gadis Ini Akhirnya Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga Selepas 6 Tahun di Rumah Anak Yatim

Ibu bapa Juliana, Tami dan Thom Wetmore tidak dapat memegang anak mereka sehingga 5 hari selepas dia dilahirkan. Mereka tidak peduli langsung mengenai paras rupa anak mereka dan menjaga Juliana seperti menatang minyak yang penuh. Juliana juga kehilangan tulang penting yang diperlukan untuk bercakap dan menyebabkan dia hampir pekak. Walaubagaimanapun, dia boleh melihat dengan baik dan paling penting otaknya berfungsi seperti biasa.

Selepas 6 Tahun di Rumah Anak Yatim, Gadis Ini Akhirnya Merasa Kasih Sayang Sebuah Keluarga

6 tahun kemudian selepas melakukan pelbagai pembedahan yang dah tak terkira banyaknya, Juliana masih tak berhenti berjuang dalam hidupnya. Dia sudah menguasai bahasa isyarat dan pergi ke sekolah untuk kanak-kanak pekak. Dia pelajar yang pintar di sekolah. Namun, baik kawan-kawan mahupun keluarga, tak ada siapa yang benar-benar tahu apa yang dia rasa.

Jauh daripada keluarga Wetmore ada seorang gadis bernama Danica, gadis kecil sebaya Juliana dan mengalami masalah yang sama. Danica mungkin tak seteruk Juliana tapi apa yang lebih menyedihkan adalah dia tidak mempunyai keluarga untuk memberi sokongan, untuk bermain atau melindunginya. Beliau telah di hantar ke rumah anak yatim selepas kelahirannya di Ukraine. 6 tahun di sana, dia tidak pernah menerima seorang pun pelawat.

Selepas mengetahui hal itu di internet yang Danica perlukan keluarga angkat kerana mereka sudah tidak boleh menjaga kanak-kanak lebih dari 6 tahun, keluarga Wetmore terus terbang ke Ukraine. Selepas pertemuan pertama, ibu bapa Juliana terus mengambilnya sebagai anak angkat dan tinggal di US.

No comments:

Powered by Blogger.