Header Ads

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Rahim Jatuh

Tanda, Punca dan Kesan Buruk Rahim Jatuh | Masalah rahim/peranakan (prolapse) jatuh adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita.

Kalau masa pantang, waktu mengurut tu mak bidan biasanya akan mengamalkan ‘sengkak’ kerana dipercayai mampu menaikkan semula rahim selepas bersalin. Sakitnya tak usah cakap boleh nangis, siap ada bunyi ‘kluk’ lagi. Tapi lepas aje mengurut dan angkat peranakan tu badan rasa lebih segar dan ringan. Itulah penting adanya mak bidan datang mengurut selepas bersalin selain amalan pantang yang betul.

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Rahim Jatuh

Namun, ada juga yang mengalami masalah rahim jatuh ini disebabkan otot-otot rahim yang telah lemah selepas melahirkan anak. Memetik behealthybebeauty.com, masalah ini boleh diklasifikasikan kepada 3 peringkat bergantung pada posisi rahim iaitu:

Tahap 1 : rahim hanya turun sedikit dari tempat asal, biasanya tiada sebarang simptom dirasakan. Boleh dikesan apabila mengurut atau melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.

Tahap 2 : Sebahagian rahim sudah terkeluar dari salur vagina.

Tahap 3: keseluruhan rahim terkeluar dari saluran vagina. Ia kelihatan seperti seketul daging yang terkeluar dan boleh dilihat dengan jelas apabila mengcakung. Tak sanggup saya tunjukkan gambarnya, amat ngeri anda boleh cuba google sendiri ya.

Kenapa masalah rahim jatuh ni sangat membimbangkan wanita?

Ini kerana kesan buruknya bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tapi amat membahayakan kesihatan. Rahim jatuh amat menyakitkan dan heavy bleeding boleh berlaku apabila keseluruhan rahim terkeluar dari faraj. Lagi teruk apabila keseluruhan rahim mungkin terpaksa dibuang untuk merawat masalah ini. Nauzubillah.

Punca-Punca Rahim Jatuh

  • Kehamilan dan proses bersalin berulang kali pada jarak yang dekat. Jika tidak dijaga dengan betul boleh melonggarkan otot-otot rahim.
  • melahirkan bayi yang bersaiz besar
  • melahirkan anak secara forceps atau vacuum
  • Faktor usia- otot pelvik akan semakin lemah seiring dengan peningkatan usia.
  • Kehilangan hormon estrogen disebabkan menapouse.
  • Kerap mengangkat benda berat yang tak sepadan dengan tenaga diri.
  • Masalah berat badan berlebihan (obesiti)
  • berdiri terlalu lama setiap hari
  • Pernah melakukan pembedahan di sekitar kawasan rahim seperti punding kencing dan bahagian pelvik.


Apakah tanda-tanda anda mengalami rahim jatuh?

Jika masih berada di tahap 1, tiada simptom/ tanda-tanda dapat dirasakan. Namun jika anda berada pada tahap 2 dan 3 beberapa simptom seperti berikut akan dialami iaitu:

  • kerap membuang air kecil
  • Sukar untuk membuang air kecil
  • tidak dapat mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang melibatkan tekanan pada bahagian perut
  • mengalami masalah sembelit atau tidak puas apabila mmebuang air besar
  • terasa ada ‘benda berat’ di bahagian alat sulit


Kesan buruk akibat rahim jatuh.

  • Mengalami gangguan kencing : iaitu masalah sukar kencing atau terlalu kerap kencing kerana tidak dapat dikawal terutamanya ketika batuk dan bersin.
  • Gangguan hubungan kelamin: berlaku disebabkan kelonggaran pada faraj.
  • Sakit pinggang : rahim yang jatuh turut menarik otot-otot sekitarnya , urat-urat pada bahagian pinggang turut tertarik lalu menyebabkan sakit pinggang.
  • Gangguan kesihatan: rahim yang terkeluar dari saluran vagina akan menyebabkan ia bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka ini mudah dijangkiti kuman akan menyebabkan masalah keputihan yang kronik jika tidak dirawat dengan segera.


Cara Mencegah Rahim Jatuh.

  • Elakkan kehamilan yang terlalu rapat. Boleh menggunakan mana-mana kaedah kontraseptif yang bersesuaian dengan anda. Saya pilih implanon.
  • Kawal berat badan
  • Elakkan mengangkat benda berat yang tak setimpal dengan kudrat kita.
  • Amalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvik. Cara melakukan senaman ini ialah dengan cara mengemut (seperti menahan kencing) selama 15 saat dan kemudian melepaskan kemutan tadi selamat 5 saat. Ulang beberapa kali. Senaman ini boleh buat bila-bila masa sahaja waktu baring atau menonton tv. makin kerap dilakukan insyaAllah makin kuatlah otot pelvik kita.


Selain itu penjagaan rahim melalui pemakanan juga amat penting. Lepas bersalin haritu memang saya agak takut dengan risiko rahim jatuh ni, mana taknya anak ke2 dan ke3 jaraknya sangat dekat. Walaupun umur belum masuk 3 series tapi hakikatnya kat dalam kita tak nampak, so kenalah jaga dan buat langkah pencegahan dari awal.

Untuk itu, saya ada amalkan set penjagaan rahim Shaklee yang amat berguna ni. Asalnya ambil sebagai set menyusu sahaja tapi tak sangka boleh bantu kuatkan dinding rahim dan bertindak sebagai ‘kacip fatimah’ moden! Bagi saya memang sangat wajib la wanita sejati luar sana ambil set asas penjagaan rahim ni.

No comments:

Powered by Blogger.